20 November 2016

SELAMAT BERSALIN - IESYA TOH TIMANG 'BABY BOY'



Tahniah diucapkan buat personaliti RTM, Iesya Toh dan suaminya atas kelahiran anak sulung mereka pada pukul 1.46 pagi semalam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 33, berkata, beberapa nama sudah disediakan untuk bayi lelakinya yang dilahirkan secara normal dengan berat 2.92 kilogram itu dan akan dipilih dalam tempoh berkenaan.





"Alhamdulillah... suami sudah ada beberapa nama untuk anak kami dan sekarang dalam proses nak pilih yang mana satu. Insya-Allah dalam masa tujuh hari," katanya.

Tambah Iesya, pengalaman melahirkan bayi bukan mudah dan amat menyakitkan namun ia satu pengalaman berharga bagi seseorang untuk bergelar ibu. Kongsi Iesya, saat bersalin, dia tidak mengambil apa-apa suntikan atau epidural bagi menghilangkan rasa sakit kerana mahu merasai pengalaman melahirkan bayi secara normal.



Iesya sebelum ini mengakui tidak mengalami sebarang alahan malah masih aktif bekerja biarpun usia kandungan ketika itu sudah memasuki tujuh bulan.

Untuk rekod, Iesya dan suami yang juga seorang ahli perniagaan, Huzairee Muhamad, 36, berkahwin pada 29 Mei 2015 di Angkasapuri.

Perkahwinan itu mendapat perhatian ramai kerana dia memperoleh tajaan pelbagai pihak berjumlah RM5 juta.






Sumber: mStar
Foto: Iesya Toh IG, mStar



         ________________________





No comments: