18 November 2016

SHIDI DATA DIUMUM TERSINGKIR - RAMLI MS RASA RALAT



Penyingkiran Shidi pada minggu kelima Gegar Vaganza 3 (GV3) membuatkan ramai peminat tidak berpuas hati termasuklah juri tetap GV3, Datuk Ramli MS yang berasa ralat.

Ini kerana mereka merasakan persembahan yang diberikan oleh Shidi lebih menarik berbanding persembahan Ameng Spring yang terlupa lirik sewaktu menyanyi.

"Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.





"Saya tidak memilih Shidi untuk keluar tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ini kerana markah yang diberikan antara tiga juri berbeza," kata Ramli MS.

Tidak tahu bagaimana cara penilaian juri lain, Ramli menjelaskan peserta yang tersingkir ditentukan menerusi kutipan markah secara kolektif antara tiga orang juri.

"Saya tidak tahu bagaimana cara juri lain memberikan permarkahan dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya.



"Di konsert minggu kelima, markahnya telah menjadi dua lawan satu dan penjurian harus mengikut markah majoriti. Apabila markah tiga juri dicampurkan, Shidi mendapat markah paling rendah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, pihak Astro menafikan Shidi tersingkir kerana dirinya kurang popular berbanding Ameng.

"Penyingkiran Shidi adalah disebabkan dia mengutip markah paling rendah. Beza markah Shidi dan Ameng pun hanya satu mata sahaja.



"Jika ada pihak yang mendakwa Ameng dikekalkan kerana dia lebih popular berbanding Shidi, dakwaan tersebut tidak benar. Tidak adil untuk mengatakan Astro mengekalkan peserta yang popular sahaja.

"Kalau benar Astro mengekalkan seseorang menerusi ukuran populariti, sudah pasti Elly Mazlein masih dikekalkan sehingga ke hari ini," jelas Raqim Ahmad selaku Ketua Saluran Melayu Astro.

Konsert minggu keenam GV3 bakal membawa tema 'RockDut' dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.


Sumber & foto: Astro Gempak



         ________________________





No comments: