20 November 2016

SYAMSUL YUSOF & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK LELAKI



"Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan. Doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki.

"Saya sangat gembira dan bersyukur. Apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat," demikian kata pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang berkongsi berita gembira itu setelah mengetahuinya ketika membawa isterinya, Puteri Sarah Liyana membuat pemeriksaan kehamilan dua minggu lepas.





Walaubagaimanapun, kata Syamsul, buat masa ini dia dan isterinya itu masih belum membuat sebarang persiapan dari segi kelengkapan bayi kerana baru sahaja mengetahui jantina anak mereka.

Itulah kata orang, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus pasti akan membuahkan hasil yang tiada nilainya. Kami mendoakan kebahagiaan pasangan ini bertambah dan semoga segala proses bersalin nanti dipermudahkan.




Sumber: Harian Metro
Foto: Syamsul Yusof IG & Puteri Sarah Liyana IG


         ________________________





No comments: