11 November 2016

TAHNIAH - ISTERI NUBHAN KEMBALI HAMIL



Sebelum ini, pasangan Nubhan dan Afifah Hidayah diberi ujian yang hebat sekali apabila kandungan berusia tujuh minggu yang dikandung isteri Nubhan mengalami keguguran.

Namun kali ini, kesedihannya terubat kembali kerana Allah SWT telah memperkenankan doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke Mekah baru-baru.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Nubhan di laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar imbasan kandungan isterinya itu.





"Alhamdulillah, rezeki Allah! Doakan yang terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi," tulis Nubhan.

Setelah pengumuman tersebut, ramai mula membanjiri ruangan komen penyanyi itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Rata-rata ramai yang begitu teruja dan tumpang gembira dengan berita yang dikhabarkan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri Nubhan ketika hamil.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Apapun semoga kali ini segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.






Foto: Nubhan IG & Afifah Hidayah IG



         ________________________





No comments: