10 November 2016

'DISERANG' PEMINAT ELLY MAZLEIN - ALYAH AKAN AMBIL TINDAKAN



Bukan hanya juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramil MS (Tok Ram) sahaja dikecam malah isterinya, Alyah turut terkena tempiasnya juga.

Alyah ketika dihubungi memberitahu yang dia akan mengambil tindakan terhadap peminat setia Elly Mazlein sekiranya masih 'menyerangnya'.





Ini kerana kata Alyah, tindakan itu dirasakan jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman selain menerima kecaman teruk di laman sosial.

"Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil. Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.



"Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly," jelas Alyah.

Terdahulu keputusan drastik Elly meninggalkan program GV3 pada minggu keempat menimbulkan kemarahan peminat selepas penyanyi itu terasa hati dengan komen Ramli yang mengaitkan dirinya dengan isu ihsan atau belas simpati.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: