10 November 2016

DIRA ABU ZAHAR AKUI TINGGAL BERASINGAN SEJAK 6 BULAN LALU



Setelah sekian lama memilih untuk berdiam diri mengenai status perkahwinanya yang bergolak, akhirnya Dira Abu Zahar akui bahawa beliau dan suami, Helmi Yusof sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung.

Menurut Dira, ketika ini juga, dia hanya menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah berikutan kemelut rumah tangga mereka sejak beberapa bulan.

"Begitupun, memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini.





"Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan," ujar Dira dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun Dira menafikan kehadiran pihak ketiga sebagai punca perpisahannya dengan suami. Dira sebalikya berkata bahawa keretakan hubungan mereka berpunca dari mereka sendiri yang sibuk dengan tuntutan kerja sehingga melupakan tanggungjawab sebagai suami isteri.

"Pendek kata, ianya merupakan salah kedua-dua pihak kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dalam hidup berumah tangga, ada elemen yang perlu dijaga, tetapi akhirnya ianya menjadi tidak terkawal," jelas Dira mengenai status perkahwinannya yang sebelum ini dikatakan sudah berpisah dengan suami sejak awal tahun lalu.



Menurut sumber, Helmi dikatakan telah melafazkan talak ke atas Dira sekaligus mengesahkan gosip pergolakan perkahwinan mereka.

Terdahulu Dira dan suami didakwa telah bercerai, bagaimanapun ketika ditanya mengenai kemelut rumah tangga mereka, masing-masing memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen.

Selain itu, Dira turut dikatakan mengalami kemurungan teruk sehingga dikejarkan ke hospital pada malam beliau diceraikan dan dirawat di hospital selama seminggu.




Sumber: BH Plus
Foto: Dira Abu Zahar IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...