29 November 2016

TAHNIAH - MILA JIRIN HAMIL SEMULA



Sebelum ini pada bulan puasa lalu, kandungan Mila Jirin telah mengalami keguguran ketika usianya baru memasuki minggu kelima. Terkini, Mila memaklumkan bahawa dirinya itu kembali hamil.

Berita gembira ini dikongsikan Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmilla Jirin, 29, menerusi lama Instagramnya dengan memuatnaik gambar imbasan kehamilan.





"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Al-Razzaq... Alhamdulillah diatas kurniaan rezeki buatku dan suami. InsyaAllah tahun depan dah bertiga kita sayang @isz_mustapha," tulis Mila yang merupaka bekas juara Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5).

Bagi yang mengikuti jejak langkah kerjayanya mesti tahu dia seorang yang gigih. Jadi berbicara mengenai itu, menurut Mila apabila ditanya, akuinya akan memperlahankan kariernya.



"Sudah tiga bulan alhamdulillah, insya-Allah saya kena perlahankan," ujarnya ringkas yang sedang teruja untuk bergelar ibu.

Tahniah kami ucapkan buat Mila dan suaminya, Isz Mustapha, 37, yang tak lama lagi bakal menerima 'penyeri' baru dalam rumahtangga mereka yang telah dibina sejak setahun lalu.




Sumber: Media Hiburan& Mila Jirin IG
Foto: Mila Jirin IG



         ________________________





No comments: