05 December 2016

10 GAMBAR - WAJAH CUN ISTERI KEDUA RAHIM SEPAHTU



Rahim Sepahtu sebelum pernah mengakui bahawa dia telah pun berkahwin dua sejak setahun lalu atas persetujuan isteri pertama... malah kedua-duanya juga menetap di Shah Alam, Selangor.

Siapa sangka 'kecomelan' Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali berjaya mencuri hati wanita yang memiliki raut wajah yang 'gojes' dan persis model itu.





Difahamkan, isteri kedua Rahim dikenali sebagai Lily merupakan anak jati Johor berasal dari Simpang Renggam sama seperti isteri pertamanya, Norazlin Abdullah yang juga berasal dari Johor.

"Sudah setahun lebih kahwin, cuma media tidak tahu. Mereka duduk berhampiran di Shah Alam. Saya berterima kasih pada isteri pertama saya," katanya.

Kelibat penyampai radio Sinar FM ini bersama isteri kedua pernah dilihat di beberapa majlis besar dan yang paling menonjol adalah ketika menghadiri konsert Gegar Vaganza 3 (GV3).

Malah pasangan ini turut 'dikesan' hadir menyaksikan rancangan Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 anjuran stesen TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.


















Sumber: mynewshub
Foto: lilykhay



         ________________________





No comments: