07 December 2016

ELLY MAZLEIN BERSYUKUR BEKAS SUAMI JENGUK ANAK SELEPAS 9 BULAN



Selepas 9 bulan sejak melahirkan anak perempuan sulungnya, Putri Sara Sefhia, akhirnya Elly Mazlein menerima kunjungan dari bekas suaminya, Azmi Hatta yang melawat anak mereka buat pertama kali selepas bercerai pada tahun lepas.

Elly berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya dengan meluahkan rasa syukurnya. Sementara itu, dalam posting yang sama, Elly turut berpesan kepada bekas suaminya supaya mementingkan kebajikan anak sulung mereka walaupun sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.





"Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December (Selasa) Azmi Hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia, sekarang ni di rumah saya, Cyberjaya..

"Syukur Sefhia tak menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dengan Bapanya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak..

"Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jangan di sia-siakan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya..



Sebelum ini, Elly pernah mendakwa bahawa Azmi tidak pernah datang menjenguk anaknya sejak beliau dilahirkan sehingga kini berusia sembilan bulan.

Apapun, semoga hubungan di antara Elly dan bekas suami akan bertambah baik dengan kehadiran anak yang amat memerlukan kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Bak kata orang buang yang keruh ambillah yang jernih, bermusuh lama pun tidak elok.


Foto: Elly Mazlein IG



         ________________________





No comments: