23 December 2016

FEBRUARI 2017 - FAYE KUSAIRI & AZMI HATTA BAKAL KAHWIN?



Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan pelakon Faye Kusairi sudah tiada hubungan lagi bersama pengarah, Azmi Hatta gara-gara orang ketiga apabila bekas suami Elly Mazlein itu didakwa ada keluar bersama wanita lain. Bagaimanapun, Faye sendiri telah tampil untuk menafikan tentang gosip berkenaan.

Terkini, Faye dan Azmi dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi apabila Elly memuatnaik status di Instagram bahawa bekas suaminya itu bakal berkahwin Februari tahun depan. Status berkenaan telah membuatkan ramai yang ingin tahu adakah perkara itu benar.





Antara ayat yang ditulis di Instagram Elly ialah :-

"Ku Menangis Sebab Daddy Sefhia Nak kawin February 2017"

Mengulas mengenai perkara itu, Faye memberitahu buat masa ini tiada perbincangan rasmi yang diadakan antara keluarga kedua belah pihak.

"Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini. Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai," jelas Faye.



Ditanya sama ada keluarga mereka mempunyai perancangan untuk berjumpa dalam masa terdekat ini, Faye belum boleh berjanji apa-apa.

"Saya tak pasti lagi. Kalau ada pun mungkin bulan depan sebab ketika itu jadual kerja saya tak padat sangat. Apa pun tengok macam mana nanti," katanya.

Jika benar mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga, kami harap ia akan menamatkan segala gosip berkaitan percintaan mereka termasuklah isu Faye bersama Elly sebelum ini. Benda baik jadi kita doakan ia akan terlaksana. InshaAllah.


Sumber: Harian Metro
Foto: Faye Kusairi IG & Elly Mazlein IG


         ________________________





No comments: