03 December 2016

NAZIM OTHMAN RISAU KEADAAN OTAK SELEPAS TERLIBAT KEMALANGAN



Malang tak berbau!

Demikian halnya dengan pelakon Nazim Othman apabila terlibat dalam kemalangan di lebuhraya MRR2 jam 11 malam semalam.

Bintang utama drama 'Lara Aishah' itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun risau sekiranya kejadian terbabit boleh memberi kesan kepada otaknya.





"Syukur tiada kecederaan serius di badan. Cuma kepala sahaja yang terhantuk ketika kejadian. Saya risau jika ia memberi kesan kepada otak apatah lagi sebelum ini pernah menjalani pembedahan," ujar Nazim.

Difahamkan kejadian malang tersebut berlaku ketika Nazim dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas selesai dengan urusan pengambarannya. Dalam kejadian itu, kereta Nazim telah dilanggar dari belakang serta berlaku kerosakan pada bahagian kereta beliau.

Semoga Nazim tabah dengan dugaan yang diberikan dan cepat sembuh.


Sumber: Harian Metro
Foto: Harian Metro & Nazim Othman


         ________________________





No comments: