31 December 2016

SELEPAS BERHENTI JADI PRAMUGARA - ZARUL UMBRELLA JADI PELAKON



"Apabila mendapat tawaran untuk berlakon ia adalah rezeki yang tidak dijangka setelah saya membuat keputusan berhenti kerja menjadi anak kapal untuk Malaysia Airlines," demikian kata Zarul Umbrella apabila dirinya itu bakal bergelar seorang pelakon.

Menurut Zarul, beliau akan berlakon untuk sebuah drama bersiri sebanyak 16 episod dan penggambaran akan dimulakan pada bulan depan.

Dalam masa sama, Zarul berkata, dunia lakonan merupakan cabang seni baru yang ingin dicuba selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Gegar Vaganza 3 baru-baru ini.





"Cuma buat masa sekarang tajuk drama saya tidak boleh kongsikan atas sebab-sebab tertentu. Jadi kepada peminat saya diharap dapat bersabar, apabila tiba masanya nanti saya akan kongsikan tajuk drama yang saya berlakon bersama dengan barisan pelakon yang lain," jelas Zarul.

Dalam pada itu, Zarul juga menerima tawaran untuk menjadi pramagura syarikat penerbangan lain secara sambilan. Namun, dia masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

"Pramugara sambilan tersebut, tugasannya adalah menghantar jemaah umrah atau haji ke mekah. Apabila perkhidmatan anak kapal diperlukan, barulah pihak penerbangan panggil.

"Apa-apa pun saya masih belum buat apa-apa lagi keputusan, buat masa sekarang lebih fokus dengan kerjaya nyanyian," ujarnya dipetik sebagai berkata.


--- IKLAN ---





Sumber: Astro Gempak
Foto: Zarul Umbrella IG



         ________________________





No comments: