24 December 2016

TAHNIAH - LEPAS DATUK, BOY IMAN PEROLEH GELARAN DOKTOR



Pelakon Boy Iman baru-baru ini telah menerima anugerah yang membawa gelaran Doktor pada majlis konvokesyen. Pasti ramai yang tak tahu bahawa Boy Iman sedang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

Menyingkap dengan lebih lanjut mengenai gelaran tersebut, Boy Iman berkata meskipun pernah gagal namun itu bukanlah penghalang.

"Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini. Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan.





"Pada awal mengikuti kursus kedoktoran saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment.

"Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Jadi gelaran yang Boy Iman gunakan sekarang adalah Datuk Dr Boy Iman.










Sumber: Media Hiburan
Foto: Boy Iman IG & Lapok Kreatif Photography



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...