24 December 2016

UCAPAN NORMAN HAKIM UNTUK MEMEY & ABBY BUAT RAMAI TERSENTUH



Pelakon Norman Hakim semalam telah meluahkan rasa terima kasih terhadap isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isterinya, Abby Abadi kerana menjaga anak-anaknya.

Luahan beserta foto yang menunjukkan kedua-dua wanita itu berpelukan sambil tersenyum manis itu dimuatnaik oleh Norman menerusi akaun Instagramnya.





"Saya nak ucap terima kasih kepada bidadari-bidadari kepada anak5 saya ni. Bila saya ada kesempatan (tengah2 relax kat kuantan ni) untuk renung sejenak perjalanan hidup saya, saya sedar tanpa korang saya takkan mampu untuk urus hidup terutama nak membesar, bagi perhatian, kasih sayang & bagi segalanya yang terbaik pada amanah Allah ni.

"Ye saya ada Allah yang selalu bergantung harap siang & malam untuk bantu saya. Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang semua ni. Ini susun atur Allah. Korang memang hebat & sangat dasyat dalam urusan anak5. Walaupun kadang2 saya poyo, baran & menyinga walau nampak macam cool, tapi tu semua bersebab dan bertempat.



"Bukan mudah nak urus 'kerajaan kecil' ni tapi dengan support & kerjasama korang & of course dengan izin-Nya, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan selagi nawaitu kita seiring untuk menjaga amanah-Nya. Semoga ukhuwah ini terus kekal je Jannah," tulisnya.

Dalam pada itu, Norman juga turut mengakui wanita bergelar ibu merupakan seorang yang hebat kerana mampu menguruskan kehidupan harian dan keperluan anak-anak dengan baik.

"Saya harap saya pergi dulu kat dunia ni (bila cukup segala peninggalan) sebab kalau korang pergi dulu, masak saya nak uruskan segalanya sensorang ni.



Ini bukan cerita sedih tapi kenyataan yang bakal semua orang lalui. Dan ini peringatan untuk diri sendiri jugak bila dah nak masuk angka usia seterusnya bulan depan supaya saya lebih sedar diri.

"Saya minta maaf akan segala khilaf yang ada. Yang pasti korang adalah ibu-ibu yang terhebat dalam dunia. Semoga Allah merahmati kalian dan terus dikurniakan kesihatan & kudrat untuk berdekat yang seterusnya untuk bantu saya menjaga dan mengurus amanah Allah @danishhakim_243 , @marissa_dania_hakim , @maria.danishahakim_786 @awishzarisz ini Insha Allah.

"Terima kasih... Terima kasih... Terima kasih.. okay dah itu je," luahnya.


Sumber & foto: Instagram Norman Hakim



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...