08 December 2016

TALI GANTUNG - PELAKON AIDIL AZIZ 'TERSELAMAT'



Umpama memperoleh nyawa kedua!

Demikian halnya dengan pelakon Aidil Aziz yang terselamat daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret semalam meminda pertuduhan yang dihadapi mereka daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah itu.

Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.





Bagaimanapun, Aidil atau nama penuhnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, dan dua rakan, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, yang bekerja sendiri dan R. Guevara Cortez, 33, jurutera teknologi maklumat me­ngaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.

Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Mengikut pertuduhan, masing-masing didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 18.39 gram di sebuah rumah di Ampang Ulu, di sini pada 12.40 tengah hari, 24 September lalu.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 kepada Aidil yang diwakili peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin dan Guevara diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi.

Omar Sayeed pula diwakili peguam G. Jaya Prem tidak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: