16 December 2016

TEMUI JODOH - FARAH ASYIKIN BAKAL KAHWIN KALI KE-3 JANUARI DEPAN



Bekas penyanyi, Farah Asyikin, 37, memaklumkan bahawa dirinya itu akan bernikah kali ketiga pada 7 Januari depan selepas hampir setahun berpisah dengan bekas suami kedua sejak awal tahun ini.

Ibu tunggal kepada Ebrahim Owais, 2 tahun sembilan bulan, itu memilih duda anak tiga, Raja Iskandar Raja Muktharuddin sebagai bakal suaminya.

Lelaki berusia 51 tahun itu bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas. Majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah pusat komuniti di ibu kota.





"Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya.

"Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya," kata Farah kepada BH online. Selepas gagal dalam dua perkahwinan, Farah mengakui hatinya pernah serik untuk berkahwin lagi. Namun kuasa Tuhan mengubah segala-galanya.

"Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.



"Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar. Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir.

"Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya," kata Farah.

Menurut Farah, ikutkan dirinya dan bakal suami merancang untuk bernikah pada April tahun hadapan, namun ia dipercepatkan bagai menerima petunjuk untuk melunaskan perkara baik lebih awal.




--- IKLAN ---




"Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Majlis nikah saya ringkas saja. Selepas majlis akad nikah diadakan jamuan makan. Malah tiada Secara majlis bertunang pun. Kami masing-masing hanya berjumpa keluarga sebelum ini. Farah bersama anaknya.

"Alhamdulillah, anaknya juga dapat menerima saya," jelasnya yang akan mengenakan baju rekaan Eja Shahril pada majlis pernikahan nanti.

Farah mengenali bakal suaminya melalui kawan yang turut terbabit dalam kerja amal menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf).

"Kawan saya mengajaknya menyertai kerja amal ini yang turut melancarkan kumpulan Addin Gaza yang mempunyai matlamat sama iaitu membantu penduduk Gaza melalui pungutan derma. Kumpulan berkenaan diuruskan saya dan bermula dari situ kami mula kenal," ujarnya dipetik sebagai berkata.




Sumber: Berita Harian
Foto: Farah Asyikin IG



         ________________________





No comments: