16 December 2016

SAHARUL RIDZWAN AKHIRNYA SAHKAN ISTERI HAMIL



"Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan isteri kini yang berbadan dua," demikian kata Saharul Ridzwan sekaligus menjawab teka-teki yang sekian lama bermain di fikiran peminat berkaitan khabar angin kehamilan isterinya, Deena Emir.

Difahamkan, isterinya itu kini sedang hamil dua bulan anak sulung mereka.

Menurut Saharul, beliau sebelum ini enggan berkongsi berita gembira itu bersama peminat kerana kehamilan isterinya itu masih lagi baharu dan mengakui bimbang jika ada apa-apa yang berlaku pada peringkat awal kehamilan.





"Pada usia kandungan sekarang pun, beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Perhatian saya kepadanya juga semakin bertambah dan saya yakin, ia perkara biasa.

"Saya juga mula menasihatinya supaya tidak melakukan kerja berat. Sehingga kini beliau masih bekerja di butik miliknya. Begitupun memang tiada lagi kerja berat yang dilakukannya.

Bakal menunaikan umrah tahun depan bersama Deena, Saharul tidak pernah menyangka bahawa ia akan turut disertai 'orang ketiga'.




--- IKLAN ---




"Nampaknya, kami akan ke sana bertiga. Mulanya, bimbang juga dengan kandungan isteri yang akan memasuki bulan keempat apabila kami terbang ke sana nanti.

"Begitupun, selepas bertanyakan pada ustaz dan mereka yang lebih arif, perkara itu tidak perlu dibimbangkan. Malah, setakat ini juga saya berkemungkinan besar akan melakukan umrah bersama isteri hanya sekali. Kita tengok dulu keadaannya," ujar Saharul dipetik sebagai berkata.

Tahniah kami ucapkan kepada Saharul dan isteri. Harapnya dengan kehadiran cahaya mata pertama nanti akan menyerikan lagi rumah tangga anda berdua. Semoga proses kehamilan dan bersalin berjalan dengan lancar.




Sumber: Berita Harian
Foto: Saharul Ridzwan IG & Deena Emir IG



         ________________________





No comments: