21 December 2016

ZARUL UMBRELLA BAKAL BEHENTI 'TERBANG' DI AWAN BIRU?



Terdahulu, Zarul Umbrella, 43, pernah menyatakan bahawa dirinya itu berbelah-bagi sama ada mahu melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara atau menjadi penyanyi sepenuh masa.

Terkini menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada sumber yang mengatakan Zarul sebenarnya sudah membuat keputusan iaitu sudah nekad untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan mengucapkan selamat tinggal awan biru apabila bakal menghantar surat berhenti kerja pada hujung bulan ini.





Menurut Poklip lagi, pendapatan Zarul sebagai penyanyi kini lebih menguntungkan sejajar dengan populariti beliau. Difahamkan, jadual undangan nyanyian beliau juga agak penuh.

Apa pun keputusan Zarul kami berharap ia adalah yang terbaik buat dirinya. Cuma kami mengharapkan Zarul berfikir dengan sebaik mungkin. Selama 16 tahun berkerja di awan biru merupakan satu tempoh yang cukup lama dan pastinya Zarul akan ralat untuk meninggalkan kerjaya tersebut.




--- IKLAN ---




Malah industri kita ini ibaratnya seperti untung sabut timbul untung batu tenggelam. Jangan termakan populariti yang dikecapi sekarang. Ada baiknya teruskan sahaja bekerja sebagai pramugara.

Kerjaya sebagai penyanyi teruskan hanya sekadar kerja sampingan. Tetapi semuanya terserah kepada Zarul sendiri. Bak kata perpetah 'tepuk dada tanya selera'.


Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: