21 December 2016

BAKI BAYARAN RUNNING MAN - JI HYO, JONG KOOK DERMA PADA BADAN AMAL



Semua sedia maklum bahawa rancangan realiti korea iaitu Running Man bakal menamatkan siarannya pada Februari 2017.

Berbaki beberapa lagi episod, kedua-dua bintangnya iaitu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook telah memutuskan untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai tanda setia kepada program berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang wakil daripada syarikat penyiaran Seoul Broadcasting System (SBS) dalam satu kenyataan pada 19 Disember lalu.





Menurut wakil tersebut, Ji Hyo dan Jong Kook akan mendermakan keseluruhan baki bayaran mereka mulai episod akan datang sehingga selesai sesi penggambaran pada bulan Februari tahun depan.

Bagaimanapun, wakil pengurusan Ji Hyo memberitahu kedua figura popular itu masih lagi belum membuat keputusan mengenai badan amal mana akan didermakan.

"Mereka ambil keputusan untuk menderma sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua penonton yang sentiasa menyokong mereka. Selain itu ini juga merupakan tanda permohonan maaf berikutan isu kontroversi Running Man baru-baru ini," katanya.


--- IKLAN ---





Sumber: Koreaboo & Soompi



         ________________________





No comments: