08 January 2017

11 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, IKHWAN KOOL FM KINI SUAMI NOOR IDAYU



Tahniah kami ucapkan buat penyampai radio Kool FM, Ikhwan, 34, yang telah selamat bergelar suami kepada pasangannya, Noor Idayu Mohd Shari atau Ayu, 33, yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu pada jam 2.30 semalam.

Ikhwan dan pasangannya yang bertugas sebagai Eksekutif Pengedaran di Grand Brilliance Sdn Bhd itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Shari Sidek, pada majlis di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Klik untuk gambar besar




Dalam majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli ketika ditemui, bersyukur bibit percintaan yang bermula di tempat kerja membawa mereka ke jenjang pelamin.



"Saya tidak sangka bertemu jodoh dengan wanita yang bekerja di bawah satu bumbung. Alhamdulillah, hari ini bermula fasa baharu bagi kami berdua. Doakan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat," katanya yang sebelum ini menjadi penyampai radio Hot FM selama sembilan tahun.

Mengenai status Ayu, Ikhwan berkata, perkara itu tidak pernah mendatangkan masalah buatnya, malah beliau tidak kekok menjaga anak tirinya yang berusia 10 tahun, Mohd Isaac Iman.

Antara rakan artis yang hadir adalah Ippo Hafiz, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Aleya.






--- IKLAN ---

















Sumber: Berita Harian
Foto: Ikhwan Kool FM & Berita Harian



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...