02 January 2017

35 FOTO - SEKALI LAFAZ, JULIA ZIEGLER KINI ISTERI JURUTERA MEKANIKAL



Pada tanggal 1 Januari 2017 (semalam), pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler, 32, telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya seorang jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan, 33, dengan sekali lafaz, selepas setahun berkenalan.

Pada majlis berlangsung kira-kira 11 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Baru dengan disaksikan keluarga terdekat, Julia menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Begitupun, atas persetujuan kedua-dua pihak, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.





Pasangan ini seterusnya diraikan dalam satu majlis keraian serba ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan," kata pelakon filem 'Jangan Tegur' itu.

Mengenai suaminya yang juga berdarah campuran, Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler menyifatkan lelaki itu hampir sempurna untuk dirinya.



"Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

"Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya," ujar Julia sambil memberitahu, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.




--- IKLAN ---







GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar





























































Sumber: Berita Harian
Foto: @hvpproduction



         ________________________





No comments: