08 January 2017

4 GAMBAR - FARAH ASYIKIN SELAMAT NIKAH KALI KETIGA



"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan," demikian kata penyanyi Farah Asyikin Zulkifli , 37, yang telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya seorang pengurus di sebuah syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, dengan sekali lafaz.

Untuk makluman anda, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara, kira-kira jam 11.57 pagi semalam.

Klik untuk gambar besar




Pasangan itu dinikahkan Ustaz Burhanuddin dari Masjid Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada upacara yang dihadiri lebih 500 tetamu.

Pada upacara itu, Farah menerima mas kahwin RM80 selain menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ia adalah perkahwinan ketiga Farah, manakala yang kedua buat suaminya. Farah sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya, manakala Raja Iskandar mempunyai tiga anak.




--- IKLAN ---




Farah yang menggayakan rekaan Eja Shahril mengenali suaminya ketika terbabit dalam kerja amal bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf).

"Saya mengenali suami sejak setahun lalu dan pada Mac lalu, dia melamar saya. Suami sempat mengenali arwah bapa yang meninggal dunia pada bulan dia melamar saya dan hubungan kami direstui keluarga. Arwah bapa dan keluarga begitu menyayanginya.

"Kawan saya mengajak suami menyertai kerja amal ini ketika kami melancarkan kumpulan Addin Gaza bagi mengutip dana membantu penduduk. Saya menguruskan aktiviti kumpulan itu dan sejak itu, kami mula berkenalan," kata Farah.



Ditanya mengenai kelebihan Raja Iskandar hingga membuka pintu hatinya untuk kembali berumah tangga, Farah berkata lelaki itu terlalu istimewa dan mempunyai hati yang baik.

"Saya bersyukur dipertemukan dengannya. Dia banyak membantu saya untuk terus kekal istiqamah. Sebagai manusia biasa, saya tidak selalu sempurna, namun dia sentiasa membimbing saya untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Saya akui agak gementar untuk kembali berumah tangga tetapi perasaan kali ini sangat berbeza. Pertemuan dengannya membuatkan saya berasa seperti kali pertama bernikah. Sifat penyayang dan bertanggungjawab suami membuatkan saya serta anak berasa selamat dan disayangi," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian & Farah Asyikin IG



         ________________________





No comments: