02 January 2017

BEKAS ISTERI EIZLAN YUSOF KAHWIN SENYAP DENGAN VIP?



Bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan sebelum ini sering menjadi topik hangat mengenai kisah status percintaan termasuklah pernah dikatakan intim dengan pelawak Zizan Razak tetapi kedua-duanya memberikan kenyataan mereka sekadar teman biasa.

Meskipun gosip beliau dengan Zizan belum reda, timbul pula dakwaan terbaru mengatakan Vie sebenarnya sudah kahwin secara senyap dengan seorang VIP.





Menurut sumber kepada Mary Jane di portal Utusan Online, Vie dan lelaki tersebut baru sahaja bernikah dan apa yang mengejutkan lagi ialah Vie didakwa hidup bermadu.

Lelaki yang dikahwini Vie itu juga sebenarnya pernah muncul dibahagian hujung video klip lagu 'Sedetik Lebih' nyanyian Vie yang dimuat naik di laman YouTube.

Walaubagaimanapun, kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Namun, jika benar kami mengucapkan tahniah buat Vie dan berharap beliau dapat tampil menjelaskan perkara sebenar agar tiada pihak yang menimbulkan pelbagai cerita.




--- IKLAN ---





Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Instagram Vie Shantie Khan



         ________________________





No comments: