02 January 2017

35 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN FALISHA CROSSLEY



Pelakon yang memegang watak Ariana dalam 'Dia Semanis Honey', Falisha Crossley telah selamat diijabkabul dengan pasangannya seorang juruterbang, Mohamad Rafiq Mohmad Arif semalam.

Majlis pernikahan mereka yang disaksikan lebih 100 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak dilangsungkan kira-kira jam 10 pagi di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak.

Menurut calon akhir Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu, mereka memilih tarikh 1 Januari bagi memeterai ikatan cinta sebagai simbolik genap setahun kedua-duanya berkenalan dan intim.





Lebih bermakna, Falisha dinikahkan sendiri oleh bapanya, Faisal Mohd Shah @ Freeman Crossley.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, saya tidak menyangka menerima kejutan apabila ayah sendiri yang sudi menikahkan kami. Asalnya beliau menolak untuk berbuat demikian dan selepas puas dipujuk pun, jawapannya tetap tidak.

"Jadi, sebagai penyelesaiannya saya dan keluarga sepakat menggunakan khidmat tok kadi. Namun, ayah benar-benar buat saya terkejut kerana sudi memikul mandat yang diharapkan itu," katanya yang menggayakan rekaan Eszz Ibrahim pada majlis terbabit.



Artis bertudung yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Baharu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) menerusi Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,304.85 sen, yang juga simbolik kepada tarikh hari lahirnya, 13 April 1985.

Pada majlis berkenaan juga, pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak suami. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Sebelah malam pula, Falisha dan pasangannya yang berusia 32 tahun itu telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan Dewan Seri Rampai, Kuching.

Pasangan ini bertunang di kediaman keluarga pelakon terbabit di Kuching pada 27 Ogos tahun lalu.




--- IKLAN ---






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar





























































Sumber: Berita Harian
Foto: @shahrilomaq



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...