23 January 2017

DRAMA '7 HARI MENCINTAIKU' BAWA TUAH BUAT DAYANG NURFAIZAH



Kegilaan penonton terhadap drama bersiri, '7 Hari Mencintaiku' yang telah mencipta sejarah tersendiri apabila ia ditonton lebih 12 juta penonton ternyata memberi impak besar buat semua termasuk pelakon serta penyanyi lagu tema ini.

Malam semalam, lagu tema drama tersebut bertajuk 'Lelaki Teragung' nyanyian Dayang Nurfaizah, komposer Natasyah dan penulis liriknya oleh Iman Imran telah dinobat sebagai juara Anugerah Lagu yang ke-31 (AJL31) di pentas akhir sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Dayang Nurfaizah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, trofi AJL31 serta baucar produk Cj Wow Shop dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung.

Klik untuk gambar besar




Selain itu, Dayang sekali lagi turut memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Lelaki Teragung yang membawa pulang wang tunai RM12,000 dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung beserta trofi AJL31.

Sebelum ini, nama Buntat yang dilakonkan oleh Mohd Ariff, menjadi trending dan viral dilaman sosial berikutan lakonannya dalam episod 21 drama tersebut yang sangat menyayat hati dan terkesan dihati penonton.

Dalam pada itu, akaun instagram milik heroin drama ini, Siti Saleha telah meningkat dan mencecah angka 1 juta gara-gara penangan drama '7 Hari Mencintaiku', meskipun penonton benci dengan watak isteri biadap, Mia Adriana.



Berikut adalah senarai pemenang AJL31:

Naib juara (RM35,000 & trofi AJL31) - 'Terimaku Seadanya' nyanyian Misha Omar dan Hafiz Suip, komposer dan penulis lirik oleh Ajai menerima RM35,000 dan trofi AJL31.

Tempat ketiga (RM20,000 & trofi AJL31) - 'Sudah Ku Tahu' nyanyian Projector Band, komposer dan penulis lirik, Razif.

Persembahan Terbaik (RM12,000, telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung & trofi AJL31 - Hang Pi Mana nyanyian kumpulan Khalifah.




Sumber: Astro Gempak
Foto: Astro Gempak, Berita Harian & Rotikaya



         ________________________





No comments: