16 January 2017

FAYE KUSAIRI: "SAYA TAK CEMBURU, MALAH MENYOKONG DIA JUMPA ANAK"



Semua sedia maklum bahawa pada 6 Disember 2016, pengarah Azmi Hatta telah melawat anak perempuannya, Putri Sara Sefhia setelah selesai kes mahkamah dan jawab-menjawab di media tahun lalu dengan bekas isteri, Elly Mazlein.

Namun, baru-baru ini timbul pula cerita yang tidak sedap didengar apabila ada sesetengah pihak mendakwa kekasih Azmi, pelakon Faye Kusairi kurang senang apabila Azmi bertemu bekas isteri dan anaknya.

Klik untuk gambar besar




Bagaimanapun, Faye menerusi satu kenyataan memberitahu bahawa beliau langsung tidak merasa cemburu malah menggalakkan Azmi untuk bertemu dengan cahaya matanya.

"Kenapa saya perlu cemburu? Saya sokong keputusannya itu. Malah sebelum ini sayalah yang mencadangkan kepada dia. Tapi saya tidak hebahkan kepada orang lain, lagi pun orang sudah membenci saya. Kita kata apa, orang tidak akan percaya," kata Faye.

Untuk makluman, Azmi berkahwin dengan penyanyi itu pada November 2014 tetapi bercerai Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.



Dalam pada itu, Faye juga turut menjelaskan beliau dan Azmi masih sibuk untuk merancang lebih lanjut soal perkahwinan. Katanya, beliau belum menetapkan dengan jelas perancangannya bersatu dengan Azmi dengan alasan masing-masing sibuk dengan kegiatan seni.

"Perancangan kahwin, insya Allah diteruskan. Hubungan dengan Azmi masih lagi baik tapi kami kini masih lagi sibuk dan hanya berhubung melalui telefon," jelasnya.


Sumber: MMO
Foto: Faye Kusairi IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...