06 January 2017

"HARAP BAYANGAN DALAM ISTIKHARAH AZMI BENAR" - FAYE KUSAIRI



Terdahulu bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta pernah memberitahu bahawa wajah pelakon Faye Kusairi muncul sebanyak empat kali ketika beliau melakukan solak istikharah dan selepas itu beliau mula berpacaran dengan Faye.

Kemudian, Azmi ada mengeluarkan kenyataan bersama akuan bersumpah yang seakan memburukkan Elly dan menampakkan wanita itu sebagai seorang yang cemburu kerana memukulnya.

Klik untuk gambar besar




Berbicara mengenai perkara ini, Faye menganggap isyarat daripada istikharah Azmi Hatta mungkin benar kerana hubungan mereka masih baik dan berharap perkara itu adalah benar.

"Sukar untuk saya menerima pada mulanya dengan kontroversi yang melanda. Saya melihat kalau dia tipu mungkin hubungan saya dengan dia akan renggang tetapi nampaknya hubungan kami macam baik, jadi saya tiada masalah," kata Faye.




--- IKLAN ---




Kita semua semua sedia maklum mengenai kontroversi melibatkan Faye, Azmi dan Elly antara yang cukup hangat diperkatakan dan mendapat liputan meluas daripada pihak media juga. Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan Faye adalah punca rumah tangga Elly hancur.

Dalam pada itu, Faye juga akui setiap kecaman dan kontroversi yang melanda dirinya mengajar beliau erti kesabaran dan istiqamah.

"Bila memilih menjadi pelakon, saya sudah faham benda ini yang akan saya hadapi. Pastinya saya tidak mahu benda ini berlaku tetapi saya yakin pasti ada hikmahnya. Mungkin pada masa depan saya tahu cara untuk lebih mengawal kemarahan saya. Jadi istiqamah atau lebih bersabar," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: MMO
Foto: Faye Kusairi IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...