11 January 2017

"SAYA AKRAB & SELESA DENGANNYA" - JEP SEPAHTU



Sejak akhir-akhir ini, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering memuatnaik gambar mesra mereka ke laman sosial masing-masing sehingga ramai peminat menyangka mereka berdua ini sedang hangat bercinta.

Ditanya mengenai perkara tersebut, Jep berkata buat masa ini, hubungan 'persahabatan' tersebut tidak pasti berada pada tahap yang bagaimana, namun beliau akui selesa berkawan dengan pelakon jelita tersebut.

Klik untuk gambar besar




Ini kerana kata Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, bahawa dia tidak tahu untuk menilai atau pada tahap mana 'persahabatan' terbabit boleh diletakkan berikutan kedua-duanya belum mengisytiharkan apakah ia sekadar sahabat atau lebih daripada itu.

"Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.

"Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana," katanya.



Pun begitu, Jep enggan kisah persahabatan mereka diperbesarkan oleh semua pihak kerana hubungan yang terjalin juga masih baru, malah masing-masing juga jarang berhubung atas komitmen kerja yang sibuk.

Tapi bak kata orang kalau dah jodoh tidak ke mana. Lagi pula persahabatan di antara Jep dan Yanti memang disokong penuh oleh peminat kedua selebriti itu. Ramai juga yang cakap mereka ini sepadan bersama, sama-samalah doakan yang terbaik buat mereka.










Sumber: Berita Harian
Foto: Jep Sepahtu IG & Sari Yanti IG



         ________________________





No comments: