02 February 2017

BARAH PARU-PARU - PENYANYI 60 & 70-AN, M. ISHAK KINI TERLANTAR



"Bapa memang sudah menghidap barah paru-paru dan pernah dimasukkan ke hospital sama sebelum ini. Bagaimanapun, barah itu sekarang sudah merebak ke tekak pula.

"Imbasan otak dibuat bagi memastikan barah itu tidak merebak ke otak," kata Mohd Nazaruddin, 43, anak sulung kepada penyanyi popular era 60-an dan 70-an, M. Ishak, 72.

Pada Isnin lalu, Ishak atau nama sebenarnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed yang popular dengan lagu 'Yale Yale' telah dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng, Singapura akibat barah paru-paru. Difahamkan, keadaan penyanyi ini kini berada dalam keadaan stabil dengan pemantauan doktor.

Klik untuk gambar besar




Menurut Nazaruddin, sebelum ini bapanya pernah dirawat di hospital berkenaan selama seminggu selepas mengadu sakit tekak. Selepas dibenarkan keluar, keadaan bapanya itu bertambah baik dan kembali aktif menerima undangan nyanyian.

Bagaimanapun, selepas pulang dari mengadakan persembahan di Kajang pada 31 Disember lalu, bapanya mengadu tekaknya kembali sakit. Namun, bapanya itu hanya dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu.

Tambah Nazaruddin, kesan kesakitan yang dialami dan kesukaran untuk makan menyebabkan bapanya kurang bergerak aktif dan hanya terlantar di katil sepanjang masa.

"Buat masa ini doktor hanya memberikan ubat. Bapa sebenarnya sedar tapi lebih banyak tidur kerana keletihan. Berat badannnya juga semakin susut dan sangat berbeza berbanding ketika dia aktif bergerak," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber & foto: Harian Metro



         ________________________





No comments: