02 February 2017

BUKA TUDUNG - ZILA AF4 KENA KECAM



Jika sebelum ini, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Zila Seeron telah mengejutkan semua orang mengenai dirinya yang ditangkap khalwat dengan lelaki lain, terkini Zila telah sekali lagi membuat kejutan, dimana dia sudah tidak memakai tudung.

Menerusi gambar terbaru di laman sosial Instagram miliknya, Zila yang bercerai talak satu dengan suaminya seorang pelawak dan pelakon, Along Cham 29 Ogos tahun lalu, telah menampakkan rambutnya yang serba perang itu.

Klik untuk gambar besar




Bukan itu sahaja, malah gambar profil di Instagram Zila juga sudah ditukar kepada gambar tidak bertudung.

Dek kerana gambar tersebut, ibu kepada Ahmad Danial ini telah menjadi perbualan netizen dan ada diantara mereka mengecam tindakannya.

Namun, di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga yang mendoakan agar bekas isteri Along Cham ini akan kembali berhijab. Malah, rata-rata peminatnya turut memberi sokongan berserta doa buat penyanyi kesayangan mereka ini.







Sumber: Media Hiburan
Foto: Zila Seeron IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...