02 February 2017

"TERIMA PHD BAGI PIHAK PENASIHAT SYARIKAT SAYA" - BOY IMAN



Masihkah anda ingat lagi pada bulan Disember tahun lalu, Dato' Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd. Rahman, 37, telah menerima ijazah doktor falsafah (PhD) pada majlis konvokesyen.

Namun begitu, ramai yang telah mempertikaikan pemberian ijazah tersebut lebih-lebih lagi apabila melihat gambar konvokesyen yang agak pelik dan menimbulkan persoalan. Namun Dato’ Boy Iman ada jawapannya tersendiri.

Menurut Boy Iman, ijazah doktor kehormat itu sepatutnya diterima oleh penasihat syarikatnya. Namun oleh kerana sebab-sebab tertentu, dia telah menerimanya bagi pihak penasihat syarikat.

Klik untuk gambar besar




Malah Boy Iman telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk tesis serta tugasan lain bagi memenuhi keperluan ijazah tersebut.

"Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

"Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor 'kehormat'.



"Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu," jelasnya.

Secara jujurnya, kami tak pernah tahu yang kita boleh menerima ijazah kedoktoran bagi pihak lain. Mungkin ada pihak yang lebih arif mengenai hal ini boleh berkongsi pendapat. Mana tahu memang dibenarkan.

Apa-apa pun, semoga dengan gelaran 'doktor' ini, kehidupan Dato' Boy Iman akan lebih maju dan terus utuh. Sama-sama kita doakan.








Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: