01 February 2017

PENGARAH DEDAH KIM JONG KOOK PUNCA RUNNING MAN DITERUSKAN



Semua sedia maklum bahawa rancangan variasi popular Korea, Running Man akan diteruskan dengan mengekalkan enam anggota asal.

Terkini, pengarah siri tersebut, Nam Seung Yong mendedahkan keputusan penarikan semula pembatalan program popular itu adalah disebabkan oleh Kim Jong Kook.

Katanya, Jong Kook memainkan peranan penting dalam memujuk semua enam peserta lain untuk terus kekal bersama program itu agar ia tidak dibatalkan.

Klik untuk gambar besar




"Sebelum saya bertemu peserta lain, saya berjumpa dengan Jong Kook terlebih dahulu untuk menyakinkannya agar terus bersama Running Man.

"Dia bersetuju untuk terus bersama dengan siri itu dan kemudiannya mengikut saya untuk memujuk peserta lain sehingga mereka bersetuju. Tanpa Jong Kook tidak mungkin pembatalan Running Man akan ditarik balik," jelasnya.

Sebelum ini, stesen SBS mengumumkan Running Man akan ditamatkan selepas kontroversi penyingkiran Jong Kook dan Song Ji Hyo.



Bagaimanapun hanya selepas sebulan berita mengejut itu, pihak SBS mengeluarkan kenyataan program itu akan diteruskan dengan enam ahli.

Sementara itu, Jong Kook dan Ji Hyo dikatakan masih terluka dengan kontroversi yang melanda sebelum ini namun bersetuju untuk terus bersama Running Man kerana peminat.

"Mereka cukup terluka tetapi apabila mengenangkan sokongan peminat dari seluruh dunia mereka bulatkan hati dan kembali bersama siri itu. Malah mereka juga bersetuju untuk mengadakan persembahan jelajah di Asia nanti," kata sumber.


Sumber: mStar & Koreaboo



         ________________________





No comments: