27 February 2017

ISU PAKAIAN 'NGEPAN INDU' - ZERO MOHON MAAF, LUPA INGATKAN PENONTON



"Sekali lagi kami mohon maaf di atas keterlanjuran perbuatan kami. Sejujurnya kami tidak tahu bahawa tidak boleh berbuat sedemikian (menggayakan pakaian kaum lain)," kata Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 25, yang mewakili abang-abangnya.

Atu berkata, mereka akan lebih berhati-hati selepas ini, terutamanya melibatkan sesuatu kaum atau bangsa.

"Selepas ini kami akan lebih berhati-hati dan buat lebih research sebelum melakukan sesuatu. Ini pengajaran besar buat kami bertiga," ujarnya.

Klik untuk gambar besar




Dalam masa sama, kata Atu yang mereka sebenarnya lupa untuk mengingatkan penonton dan peminat agar tidak berpakaian wanita pada persembahan mereka malam itu.

"Kalau kami tak lupa, mungkin isu tidak jadi lebih besar. Apa pun selepas kejadian itu, kami ada meminta maaf. Ada juga yang sudah memaafkan kami. Setiap teguran yang diberi, kami terima dengan hati terbuka," jelasnya.

Menerusi persembahan pada minggu pertama, kumpulan Zero terus dikecam selepas Syaiful memakai 'ngepan indu' iaitu mengikut adat Iban, pakaian itu secara tradisinya digunakan oleh kaum wanita masyarakat Iban.



Antara kritikan yang dilontarkan ialah daripada Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Serawa Budol, menyifatkan komedi yang dipersembahkan oleh Zero itu menghina masyarakat Iban.

Zero yang juga juara Maharaja Lawak Mega 2014 terdiri daripada tiga adik-beradik dari Sabah yang diketuai oleh abang sulung Mohamad Syaiful Doli Sharif atau lebih dikenali dengan nama Melati, bersama-sama Sharif dan Atu.

Menerusi persembahan mereka pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2017, kumpulan Zero sempat membuat permohonan secara langsung mengenai isu terbabit.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: