16 February 2017

"KALAU DIA (SARI YANTI) JODOH SAYA, AMIN" - JEP SEPAHTU



Pelawak Jep Sepahtu sekali lagi memberitahu mereka hanya sekadar teman baik meskipun sering dikaitkan bercinta dengan Sari Yanti sehingga timbul gosip kononnya mereka bakal bernikah pada 25 Februari ini. Bagaimanapun, Jep mengakui beliau tidak menolak sekiranya Sari Yanti ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

Klik untuk gambar besar




"Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.

Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja," kata Jep.

Dalam pada itu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata yang beliau tidak mempunyai masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat.



"Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata. Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada," jelasnya.

Andai ada jodoh tidak kemana, lagipun kalau rasa diri sudah sesuai bersama apa salah untuk membawa hubungan baik sebagai teman itu kepada tahap yang lebih lagi. Kalau benar-benar Jep dan Sari Yanti dapat bersatu di jinjang pelamin, kami pasti ramai yang akan mendoakan kebahagiaan anda berdua.


Sumber: Berita Harian
Foto: Jep Sepahtu IG & Sari Yanti IG



         ________________________





No comments: