15 February 2017

"SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA" - TWEET NEELOFA BUAT SHARNAAZ?



Semua mengetahui mengenai tweet Sharnaaz Ahmad yang dipercayai menyindir Fattah Amin berkaitan buku terbitannya. Tweet tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Secara tidak langsung, nama keluarga Neelofa juga turut terpalit di dalam isu berkenaan apabila ada sesetengah netizen memberikan komen tentang sikap bakal menantu di dalam keluarga Neelofa.

Klik untuk gambar besar




Terbaru, Neelofa turut memuatnaik satu status di Twitter dimana beliau menyatakan adalah lebih baik untuk seseorang itu berfikir sebelum menulis dan meluahkan pendapat.

Rata-rata peminat yang membaca tulisan Neelofa itu mempercayai ia mungkin ditujukan buat bakal abang iparnya, Sharnaaz.

Adakah benar apa yang ditulis oleh Neelofa ditujukan buat Sharnaaz? Emm, makin hangat nampaknya isu ini.




Foto: Twitter Neelofa



         ________________________





No comments: