15 February 2017

DITEGUR BERBIKINI: "SESUAI DENGAN SUASANA" - FARA MENDOZA



Nama Fara Mendoza sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara memuatnaik gambar dirinya itu sedang berbikini di lokasi percutian Koh Lipe, Thailand, bersama rakan-rakan baik baru-baru ini.

Fara ketika ditanya mengenai perkara ini berkata yang dia tidak kisah dengan kritikan yang diterimanya kerana segala aktiviti dilakukan mahupun gambar yang dikongsi di laman sosial adalah dirinya yang sebenar.

"Saya hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit dengan sesiapa pun. Saya pula bercuti ke pulau bersama beberapa rakan perempuan saya, bukannya lelaki. Semestinya saya akan memakai pakaian renang, sesuai dengan suasana dan sekitar tempat kami bercuti," katanya.

Klik untuk gambar besar




Dalam pada itu, Fara turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang sebegitu, namun beliau tidak mahu mengubah imej diri hanya kerana kritikan diterima daripada netizen. Pada masa sama, Fara menegaskan beliau memuatnaik gambar berkenaan bukan untuk meraih publisiti.

"Inilah kehidupan peribadi saya. Maafkan saya jika ada pihak yang kurang senang dengan imej saya begitu. Cuma apa yang ingin ditegaskan, saya bukannya mahu menunjuk-nunjuk kepada umum untuk mendapat publisiti murahan," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Fara kini sibuk dengan penggambaran drama 'Shhh...I Love You' bergandingan dengan Gambit Saifullah bagi siaran slot Akasia, TV3.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: