22 February 2017

SHUIB SEPAHTU KINI SEMAKIN BAIK - PERSANDINGAN DITERUSKAN



Isteri kepada Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raissuddin memberitahu yang dia tidak kisah jika majlis ulangtahun perkahwinan serta persandingan mereka itu tidak jadi atau dibatalkan, asalkan kesihatan suami diutamakan.

Namun kata Sarah, perancangan majlis tersebut akan tetap diteruskan kerana suaminya yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini sudah semakin baik.

Klik untuk gambar besar




Kata Sarah lagi, dia juga mengharapkan majlis yang bakal berlangsung Ahad ini juga akan berjalan seperti yang dirancang dan kesihatan suaminya juga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.



"Shuib sudah dibenarkan keluar semalam, Alhamdulillah kesihatannya semakin baik. Majlis yang dirancang Ahad ini akan diteruskan. Saya harap semuanya baik-baik sahajalah.





"Sebenarnya kalau tidak jadi atau terpaksa dibatalkan pun saya tidak kisah. Kesihatan suami itu lebih utama tetapi setakat ini, majlis tetap akan diteruskan," kata Sarah.

Terdahulu, pelawak yang juga anggota kumpulan Sepahtu itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital Jumaat lalu akibat tekanan darah rendah.

Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis persandingan buat kali pertama sempena enam tahun mereka mendirikan rumah tangga. Apa pun, semoga majlis ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.








Sumber: Utusan
Foto: Siti Sarah Raissuddin IG & Shuib Sepahtu IG



         ________________________





No comments: