18 February 2017

STACY SELAMAT BERSALIN - AKIM TIMANG 'BABY GIRL'



Tanggal 17 Februari 2017 pada jam 5.17 petang, pasangan Akim Ahmad dan Ummu Syaikhah Stacy Anam telah menimang cahaya mata sulung mereka iaitu seoarang bayi perempuan.

Berita gembira ini disampaikan oleh Akim sendiri menerusi laman Instagramnya.

"17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua," maklum Akim di IGnya.

Klik untuk gambar besar




Perkongsian Akim turut mendapat ribuan ucapan tahniah daripada peminatnya di laman sosial tersebut malah ada yang mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Pasangan selebriti kelahiran program Akademi Fantasia itu bagaimanapun belum memilih nama buat puteri sulung mereka.



Untuk makluman, Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.

Apa yang pasti, kemeriahan akan bertambah dengan kelahiran penyeri terbaru dalam kehidupan mereka suami isteri. Semoga perjalanan keluarga ini akan dipermudahkan.

Tahniah kami ucapkan!










Foto: Akim Ahmad IG & Stacy Anam IG




         ________________________





No comments: