17 February 2017

"SERANG ORANG YANG MELAGA-LAGAKAN, BUKAN FATTAH" - NEELOFA



Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad menjelaskan bahawa status Twitter yang dikatakan menyindir Fattah Amin itu bukan ditujukan kepada pelakon tersebut. Ini kerana kata Sharnaaz, dia tidak ada menyebut secara langsung nama sesiapa pun termasuklah Fattah.

Bagaimanapun, pelakon dan pengacara Neelofa mengakui beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan bakal abang iparnya yang meluahkan kata-kata seakan 'menyerang' Fattah di akaun Twitternya baru-baru ini.

Jelas Neelofa, Sharnaaz seharusnya mengutuk pihak lu­ar yang melaga-lagakan ke­dua-dua pelakon tersebut sehingga mencetuskan perbalahan di laman sosial.

Klik untuk gambar besar




Tambahnya, sebagai seorang selebriti, Sharnaaz seharusnya tidak begitu lantang dan tidak meluahkan emosi atau isu-isu tertentu di laman sosial.

"Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya.

"Saya harap per­kara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran," kata Neelofa ketika mengulas mengenai kontroversi yang tercetus selepas Sharnaaz bertindak mengutuk kredibiliti Fattah sebagai penulis buku pertamanya 99 Kata-kata #QalifModen oleh Fattah Amin baru-baru ini.



Tindakan Sharnaaz yang meluahkan kata-kata lantang di Twitter mendapat perhatian netizen dan menjadi isu yang agak hangat minggu ini. Kerana mempersoalkan kredibiliti Fattah, netizen menganggap Sharnaaz terlalu kasar dalam berbicara dan beliau turut menerima pelbagai kecaman di media sosial.

Nampaknya selepas ini Sharnaaz perlu berhati-hati untuk tidak lagi begitu lantang bersuara terhadap sesuatu isu. Kadang-kadang memang akan ada benda buat kita sakit hati, tetapi cuba untuk selesaikannya dengan cara yang lebih baik dan tidak menarik perhatian ramai sehingga menjadi isu besar.




Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Neelofa IG



         ________________________





No comments: