Pada 2.14 pagi semalam (Sabtu), Azwan Ali telah kehilangan ibu tercinta, Che Tom yang meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara. Selain Azwan Ali, Che Tom juga merupakan ibu kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Menerusi sebuah kenyataan, jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang untuk disembahyangkan. Jenazah juga dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate kira-kira pukul 9 pagi semalam.
Klik untuk gambar besar

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Suhaimi Shafiei.
Kami mengucapkan tazkiah kepada Azwan dan Azmin di atas pemergian ibu mereka. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Sumber: Astro Gempak
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment