01 February 2017

VOKALIS SAMUDERA, UJANG MENINGGAL DUNIA



Semalam penyanyi kumpulan rock Samudera yang popular pada era 1990-an, Sarsen Husin atau Ujang Samudera, 50-an, telah ditemui meninggal dunia di kediamannya di Felda Palong Timur Satu, Segamat, Johor.

Pengurus kumpulan berkenaan, Mahadi Abdul Latif berkata, mayat Ujang ditemui rakan sekerja dan jiran yang memecah masuk rumahnya selepas mendapati dia tidak hadir bekerja selama enam hari.

"Ujang berasal dari Batu Pahat, Johor dan bekerja di sini serta tinggal sendirian. Rakan-rakannya hairan apabila dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Klik untuk gambar besar




"Selepas beberapa hari, mereka akhirnya buat keputusan pergi ke rumahnya dan mendapati mayatnya dalam keadaan berulat dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

"Allahyarham memang pernah mengadu dirinya kurang sihat, namun tak sangka ajalnya dalam keadaan begini," katanya.

Kata Mahadi lagi, proses pengebumian belum dapat ditentukan kerana polis masih menjalankan siasatan.

Ketika zaman kegemilangannya, Samudera popular dengan lagu 'Salam Sejahtera', 'Titian Hasrat', 'Bila Diburu Kenangan' dan banyak lagu lain.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...