17 March 2017

2 MINGGU MENJELANG PERNIKAHAN - HANG NADIM TERLIBAT KEMALANGAN



"Darah manis sangat sampai kemalangan ini," demikian kata anak bongsu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Nadim yang terlibat dalam satu kemalangan kecil berdekatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, Putera Hang Nadim yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal telah dihimpit oleh sebuah kereta dari sebelah kanan sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri badannya dan terpaksa menunggang motosikal tersebut ke rumah untuk mendapatkan rawatan.

Klik untuk gambar besar




"Selepas kemalangan, motorsikal mengalami sedikit kerosakan tetapi saya gagahi juga balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan. Kalau tidak, siapa nak tolong kan," jelasnya.

Hang Nadim yang selamat mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu dengan gadis gadis pilihannya, Norfarahin Attiqah Nasarudin itu bakal bernikah dua minggu sahaja lagi.

"Majlis pernikahan akan diteruskan seperti biasa. Cuma majlis persandingan akan ditunda, mak pun masih dalam edah," ujarnya.

MAJLIS PERTUNANGAN HANG NADIM



Sumber: Utusan



         ________________________





No comments: