17 March 2017

SELAMAT BERSALIN - FARHAN AF4 TIMANG 'BABY GIRL'



Tahniah diucapkan buat penyanyi yang digilap bakatnya dalam program realiti Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Farhan Azizan yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Putrajaya, kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Difahamkan, isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi ini melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu secara pembedahan.

"Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Saya tidak melalui proses yang panjang di bilik pembedahan. Semua lancar dengan izin-Nya.

Klik untuk gambar besar




"Hasrat suami yang mahukan anak perempuan akhirnya dimakbulkan. Saya tak kisah apa jantinanya, cukuplah dia lahir dengan segala sifat dan sihat," katanya.

Pernah diuji dengan insiden keguguran Jun tahun lalu, Farhan bersyukur impian bergelar ibu menjadi kenyataan.

"Nikmat bergelar ibu sudah lama saya nantikan. Semoga bayi saya ini akan menjadi anak bijak dan baik," tuturnya yang bernikah dengan Rashadan pada Oktober 2014.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: