31 March 2017

25 GAMBAR - NORA DANISH SAH BERGELAR ISTERI NEDIM NAZRI



"Penyatuan ini umpama impian yang menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya.

"Diharap semua dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami," kata pelakon Nora Danish, 35, yang bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri, 34, dengan dua kali lafaz kira-kira jam 8.37 malam semalam (30 Mac 2017).

Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berpanjangan.

Klik untuk gambar besar




Majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup dan sederhana di Seputeh, Kuala Lumpur, itu dihadiri kira-kira 200 anggota keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Kedua-duanya, yang pernah melalui episod kegagalan perkahwinan sebelum ini, memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan hari bahagia mereka.

Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 2006, namun berpisah sekitar dua tahun selepas itu. Nedim pula seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.



"Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang diadakan secara besar-besaran, jadi untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana dan tidak terlalu mengikut protokol.

"Tidak semestinya majlis sederhana itu kurang meriah. Kami memilih cara ini juga kerana ia lebih bersifat peribadi dan intim," ujar Nora yang mengenakan rekaan busana jenamanya sendiri, Owl By ND.

Nora juga tidak menolak andai diberikan rezeki untuk menimang anak dengan segera. Sebelum ini, aktres yang turut bergelar usahawan itu sendiri mengakui putera sulungnya pernah meluahkan keinginan untuk mempunyai adik.



"Rayqal memang sudah lama teruja dan kalau boleh, memang dia teringin untuk mempunyai adik. Dapat adik perempuan pun sudah memadai baginya. Maklumlah, di rumah, dialah satu-satunya budak kecil.

"Jadi, dia memang selalu suruh saya dapatkan adik untuknya. Paling lucu, dia meminta saya makan banyak supaya perut boleh membesar. Baginya, kalau berbadan besar itu bererti ada bayi dalam perut.

"Dalam bab ini, kalau saya melayan keletah dan perangainya, boleh ketawa sendirian. Sebagai ibu, saya faham perasaannya yang semakin membesar. Keinginan untuk memiliki adik sendiri adalah lumrah," tuturnya.












































Sumber: Berita Harian
Foto: Nora Danish IG, Nedim Nazri IG, Hlive IG, Jejai IG, David Teo IG, Thumb Suhaimi IG, Raja Noora IG, Putri Najuwa IG, Cathy Danish IG, @royalsbell, @mbrkhadm & @shark_dean



         ________________________





No comments: