06 March 2017

32 GAMBAR - SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR NIA, ANAK YATT HAMZAH



Semalam majlis sambutan hari lahir anak Yatt Hamzah, Suci Hanania Malika yang ke-7 telah diadakan secara sederhana yang dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

Untuk makluman, Nia yang merupakan anak Yatt hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor itu genap usia 7 tahun pada 28 Februari lalu.

"Hari ni (28 Februari) Kakak Nia dah 7 tahun.. Dah besar panjang dan sangat bijak. Ya Allah rasa macam baru je lahirkan dia.

Klik untuk gambar besar




"Dulu Nia baby yang disayangi semua.. Didukung, didodoi dan dimanjakan selalu.. Hari ni (28 Febrauri) Kakak Nia yang dukung, manjakan dan dodoi adik dia pula. Subhanallah indahnya percaturanMu Ya Allah..

"MashaaAllah besar dah anak Bonda ni.. Moga jadi anak Solehah ya sayang.. Nanti tarik Bonda, Abah & Abi juga Mummy ke Syurga ya.. Ameen..

"Jadikan anakku SUCI HANANIA MALIKA anak yang Solehah penyejuk mata dan hati ibu bapanya. Ameen. Bonda, Abah & Iqlima love you Kakak Nia," tulis Yatt di IGnya.

Selain Nia, Yatt juga turut mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Suci Humaira' Iqlima yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu. Iqlima adalah hasil perkahwinan dengan Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang dinikahi 27 Februari tahun lalu.






























































Foto: Yatt Hamzah IG & @zaerazran



         ________________________





No comments: