06 March 2017

TERBANG KE LONDON - CHE TA SAMBUT BIRTHDAY TANPA SUAMI DISISI



Jika tahun lalu, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menyambut ulangtahun kelahiran di Mekah tanpa suami, terkini pelakon dan pengacara tersebut sekali lagi bakal menyambutnya tanpa suami disisi.

Che Ta bakal menyambut hari lahirnya yang ke-44 pada 9 Mac ini di London bersama tiga anak dan adik-beradiknya yang lain.

Difahamkan, Che Ta dan keluarganya itu akan terbang ke London pada pagi ini dan berada di kota terkenal itu selama 10 hari.

Klik untuk gambar besar




"Zain sedari awal memang tidak dapat menyertai rombongan kami kerana dirinya sudah pun terikat dengan komitmen perniagaannya. Apakan daya, dia memang kena dahulukan kerja.

"Sedih juga kerana pemergian dan sambutan hari lahir ini tanpa dirinya. Bagaimanapun, suami sudah mengizinkan saya menyambutnya di sana," kata Che Ta yang turut dikenali sebagai usahawan ini.

Sebelum ini, beliau sudah pun terbang ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bersama suami serta anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.



Selain menunaikan umrah, Rozita juga berada di Arab Saudi bagi menjayakan penggambaran drama terbitan Zeel Production.

"Saya sudah melunaskan bayaran cukai tertunggak sebelum ini. Jadi, tiada lagi isu saya tak boleh terbang ke luar negara," jelas wanita itu yang mengeluarkan minyak wangi jenama Precious dan Gorgeous.

Mengenai peningkatan usianya beberapa hari lagi, Rozita hanya mengharapkan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan, termasuk segala bidang yang diceburinya.

"Semoga apa yang saja yang dilakukan akan dipermudahkan. Insya-Allah," kata Che Ta ketika ditemui media pada acara pertunjukan fesyen 'The Wedding KL 2017' memberi sokongan kepada pereka fesyen kegemaran Qudyn.




Sumber: Berita Harian
Foto: Rozita Che Wan IG



         ________________________





No comments: