06 March 2017

ISU RUMAH TANGGA AQASHA: ABANG IPAR 'SERANG' & DEDAH ORANG KETIGA



Nampaknya masih belum berkesudahan isu pergolakan rumah tangga Aqasha dan isterinya, Baizura Basri apabila baru-baru ini abang ipar kepada Aqasha telah mengeluarkan sebuah status 'menyerang' sekaligus mendedahkan orang ketiga.

Dalam status itu, abang kepada isteri Aqasha yang dikenali sebagai Yusri Sabri menulis di Facebooknya:

"Apa la ko ni, Aqasha. Ko bukan tak tahu si Rita tu pernah ada krisis tuntutan nafkah dengan bekas suami dia. Bermakna dia perlukan bakal suami yang mampu. U know what is mampu?”

Klik untuk gambar besar




"Dan si Rita tu pun satu. Dengan bekas suami pemain bola sepak pun ko tak boleh survive ini kan pula Aqasha yang berlakon pun macam tangkap muat.

"Fikirlah dulu, Aqasha. Mampukah ko nak pakai kereta Ferrari? Maintainance kereta proton pun ala kadar. Kena beringat, adik aku masih ada abang. Ok. Peace," tulis abang kepada isteri Aqasha.

Dakwa lelaki tersebut itu lagi, selebriti wanita didakwa telah muncul dan menyerang adiknya, Baizura Sabri sekaligus membuatkan dirinya tidak mampu bersabar lagi dengan perkara tersebut.



Sementara itu dalam perkembangan lain, pengacara, Donna Muslim yang pernah dikaitkan dengan Rita sebelum ini memuatnaik sekeping gambar yang seakan memberi bayangan terhadap apa yang terjadi tapi gambar tersebut telah pun dipadam.

Walaubagaimanapun, Donna menjelaskan gambar itu tidak ada kena mengena dengan Rita. Malah, Donna sudah memadam gambar berkenaan di akaun Instagramnya itu agar tidak mengundang sebarang spekulasi serta kritikan.

"Saya muatnaik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan. Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah.



"Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu.

"Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalahtafsirkan.

"Ikutkan, saya tak tahu pun kontroversi membabitkan mereka. Saya hanya mengetahui perkara itu pun menerusi kawan yang memaklumkannya," jelasnya.



Untuk pengetahuan anda, Donna sudah lama tidak mengambil tahu sebarang berita terkini tentang Rita dan beliau juga bukan pengikut Rita di Instagram.

"Saya pun sudah lama tidak menjadi pengikutnya di laman Instagram. Dia pun tak pernah 'follow' saya. Jadi, mustahil saya ada niat jahat dengan memuat naik gambar hiasan itu," katanya.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Aqasha mahu pun Rita berhubung isu yang sedang menular di laman sosial. Apa pun, pastinya insan-insan yang terlibat dalam perkara ini mempunyai jawapan yang tersendiri.


Sumber: Rotikaya & Forum CARI



         ________________________





No comments: