27 March 2017

8 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG, NINA AF NIKAH AKHIR JULAI DEPAN



Tahniah diucapkan buat bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira, 25, yang telah selamat bertunang dengan pilhan hatinya seorang arkitek, Ahmad Farhan Rusman, 25, di kediaman keluarganya semalam.

Pasangan yang mula memutikkan cinta ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu, itu dijangka bernikah, akhir Julai depan.

Berita pertunangan yang dihadiri kira-kira 120 tetamu itu turut dikongsi Nina di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar




"Apabila bernikah nanti, kiranya genap setahun kami berkenalan di Melbourne. Majlis kahwin akan diadakan di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, semuanya bagai dipermudahkan. Kami pulang dari Melbourne sama-sama selepas tamat pengajian dan memutuskan untuk membawa hubungan ini ke tahap lebih serius," katanya.

Mengenai bakal suaminya, Nina menyifatkan Farhan sebagai jejaka bertanggungjawab.



"Kami ada tarikan bertentangan. Saya berjiwa seni dan dia pula lebih mementingkan pemikiran logik. Mungkin itu yang melengkapi diri kami," katanya yang menuntut dalam bidang Seni Drama Kreatif di Universiti Deakin Melbourne, Australia.

Dalam perkembangan lain, Nina akan memulakan penggambaran drama berjudul 'Kampus' untuk siaran Astro Warna, minggu depan. Selain Nina, drama itu dibintangi Atikah Suhaimi, Ezzaty Abdullah dan Saharul Ridzuan.












Sumber: Berita Harian
Foto: Nina Nadira IG , Farhan Rusman IG, @amir_rahim7 & @nazrinuyop



         ________________________





No comments: