27 March 2017

KAD KAHWIN TERSEBAR - NORA DANISH KAHWINI NEDIM NAZRI 30 MAC



Segala spekulasi dan teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Nora Danish dan kekasihnya, Nedim Nazri akhirnya terjawab apabila kad perkahwinan pasangan itu tersebar.

Menerusi kad perkahwinan berkenaan, pasangan itu difahamkan akan bernikah pada 30 Mac ini (Khamis) di Seputeh, Kuala Lumpur, pada jam 7.30 malam.

Klik untuk gambar besar




Nora ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Jelas Nora lagi, dia akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut berlangsung.

"Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, Nora sebelum ini mengesahkan bakal bernikah dengan Nedim pada tahun ini namun belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai tarikh dan butiran majlis itu.










Sumber: Harian Metro, Utusan & Kosmo
Foto: Kosmo & Nora Danish IG



         ________________________





No comments: