Pelakon Nora Danish yang selamat bergelar isteri kepada Nedim Nazri semalam telah menerima kecaman serta kritikan gara-gara bercium mulut dan berpakaian seksi di majlis pernikahan.
Ini kerana bagi mereka, perbuatan ciuman mulut yang berdurasi sedetik lebih di antara Nora dan juga suaminya, tanda luahan rasa cinta dan sayang itu kurang manis apatah lagi ia disaksikan anak-anak mereka sendiri.
Selain ciuman, gaun pengantin Nora turut menarik perhatian ramai apabila pakaian tersebut kelihatan agak terdedah dan jarang.
Klik untuk gambar besar
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Nora telah tampil dengan gaun pengantin yang menggunakan material nipis, sebahagian tubuhnya hanya ditutupi dengan kain renda.
Lebih panas lagi apabila tersebarnya gambar sisi belakang gaun itu yang menampakkan sebahagian tubuhnya yang hanya dilapisi dengan kain jarang.
Dengan itu, ramai yang berpendapat baju itu tidak menepati ciri-ciri agama Islam dan tidak sesuai untuk majlis akad nikah. Bukan itu sahaja, malah sampai ada yang menyifatkan pasangan ini tidak menghormati Islam.
Bagaimanapun rata-rata peminat berasa kecewa dengan majlis terbabit yang dilihat lebih mengamalkan cara barat setelah lama menantikan pasangan ini naik ke jinjang pelamin.
Malah keseluruhan majlis terbabit juga turut dikritik hebat apabila meja nikah yang diduduki Nedim bersama kadi juga dipenuhi lilin yang dilihat seperti majlis perkahwinan di gereja.
Sebelum ini, pasangan yang yang sama-sama mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu itu asyik kena kritik apabila ke hulur ke hilir bersama tanpa ikatan sah.
Mungkin Nora sendiri menyedari kesannya apabila tampil begitu, namun mungkin juga beliau sudah malas hiraukan kata-kata negatif peminat.
Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dalam meniti hari sebagai pasangan suami isteri. Malah Nora sendiri pernah menyatakan harapan agar perkahwinan kali ini adalah yang terakhir.
Foto: #nenosaysido & @kakitembak_fotografi
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment